hai buddies :)

1stly thankz sbb menjenguk ini blog...nak pesan ni kalau tak nak dengar lagu tekan la stop ye...roll dekat bwah skali nanti nampak la :)

Tuesday, 6 December 2011

Ohhhhh..patutlahhh :)


Persoalan yang mungkin timbul di pemikiran penduduk rakyat Malaysia kenapa skuad bola sepak Malaysia digelar Harimau Malaya tetapi bukan Harimau Malaysia? Pada 2010, skuad bola sepak Malaysia telah menjuarai AFF Suzuki Cup.


TUARAN: Belia di Sabah teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, tetapi mahu gelaran “Harimau Malaya” yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan “Harimau Malaysia”.
Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan pihak media.
Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau yang mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia dengan gelaran Harimau Malaya atau Singa Malaya.
“Saya lihat memang ada asas mereka berperasaan begitu kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Sepatutnya perkataan Harimau Malaysia yang digunakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jahid yang juga Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap media nasional terutama pengarang sukan sentiasa bertanggungjawab dan mengambil kira sensitiviti peminat bola sepak di Sabah khususnya golongan belia berhubung penggunaan perkataan Malaya yang jelas maksudnya secara literal, tidak membabitkan Sabah dan Sarawak.
“Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia,” katanya.
Sumber: Berita Hairan

Kenapa skuad bola sepak Malaysia tidak digelar Harimau Malaysia?

Fakta 1

Ramai orang salah faham mengenai nama Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan bola sepak Malaysia. Nama gelaran Harimau Malaya sebenarnya diambil bersempena dengan nama spesies harimau yang hanya wujud di Semenanjung Malaysia iaitu Harimau Malaya atau nama saintifiknya Panthera tigris jacksoni atau Panthera tigris malayensis. Dalam logo PDRM, Maybank, Proton dan FAM sendiri, lambang Harimau Malaya ini digunakan.
Persoalannya sekarang, wajarkah nama Harimau Malaya itu ditukar nama kepada Harimau Malaysia yang tidak membawa apa-apa erti kepada kita? Hanya sekadar nama rekaan sebabnya spesies Harimau Malaysia tidak wujud.
Pasukan bolasepak Malaysia wujud lama sebelum Malaysia terbentuk atau Malaya mencapai kemerdekaan,yakni pada tahun 1953 ketika melawan Korea Selatan (sebagai perlawanan antarabangsa diiktiraf yang pertama). Lama sebelum itu pula FAM sudah diasaskan pada 1933, bermula dengan Football Association of Malaya dan kemudiannya ditukar ke Malaysia.
Tetapi nama gelaran pasukan bolasepak kita ialah Harimau Malaya bersempena mengambil nama spesis harimau dari nama yang sama yang hanya wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Tidak ada kena-mengena dengan isu politik atau perkauman. Dan Pak Belang bernama Harimau Malaya ini (Panthera tigris malayensis nama saintifiknya di Malaysia, Panthera tigris jacksoni di seluruh dunia) dinamakan Harimau Malaya atau Malayan Tiger sebab alamat rumah dia di Semenanjung Tanah Melayu/Malaya, sebab itu bukan dinamakan Harimau Malaysia atau Harimau 1Malaysia.

Fakta 2

The Legend Of Dollah Don . Nama asal beliau Tuan Hj Abdullah Bin Md Doon yang ” diberi gelaran Harimau Malaya”  dan dari beliaulah Malaysia mengunakan nama Harimau Malaya itu yang di ungkap oleh Presiden Sukarno. Beliau merupakan seorang manusia yang berwatakan garang , bengis dan ganas selama kira kira 20 tahun penglibatannya dalam arena bolasepak.
Belian adalah anak kelahiran Johor Darul Takzim.
Hero Malaya yang sungguh hebat dizamannya..
Presiden Sukarno pun minat cara dia main..Bayangkan





No comments:

Post a Comment