hai buddies :)

1stly thankz sbb menjenguk ini blog...nak pesan ni kalau tak nak dengar lagu tekan la stop ye...roll dekat bwah skali nanti nampak la :)

Friday, 30 December 2011

CUb PrIx Malaysia 2011 :)

hahaha.. lama nya tak meng'update' blog ni...
Almaklumlah busy ...ceh~busy la sangat kan...hahahaha

harini boring ..citer kat tv pun takde ...tekan punya tekan
terkeluar lah channel ASTRO ARENA... ada lah citer pasal CUB PRIX MALAYSIA 2011
...bosan punya pasal tengok je la citer cub prix nieyh walaupun ni ulangan ja
... lama-lama tengok best la jugak... rasanya mcm da suka lak kat sukan pemotoran ni..hahaha
sekarang ni tengah menambah kan ilmu pengetahuan tentang nama2 pelumba kat Malaysia ni ;)

haa yg dua orang ni je kenal...muhaimin(kiri) dengan hafiz (tengah)
Al-maklumlah si Hafiz ni memang dah terkenal.. selalu menjuarai pertandingan yg dianjurkan
rasanya tadi pengulas tu cakap dah 4 kali dia naik atas...atas..atas alaa atas pentas yg nak amik piala
tu(hee..lupalah nama benda tu)

WAH!!!tahniah erk Hafiz :)

teringin pulak nak pergi tengok perlumbaan ni..haha
..my younger sister ada lah tanya kenapa mesti ada perempuan
duduk sebelah diorang
(hanya gambar semata-mata)
a'a kan knapa ye??? memang wajib ya kena ada perempuan?... btw,congratulation to all winner B-)


♥♥(cute la gamba ni..)haha

#Kelantan kalah dengan prasebaya..hayy adoyaii..takpe takpe usaha lagi ya :)

Friday, 23 December 2011

Gomo klate gomo :)

malam ni akan berlansungnya satu perlawanan bola sepak antara
pasukan negeri kelantan dan pasukan dari Indonesia iaitu Persebaya

Bola sepak persahabatan Unity Cup 2011 ini berlansung pada pukul 8.30
malam ni.. :) mari ramai2 tengok bola ni kat astro arena ye .....hahaha

Walaupun Kelatan tu takde kena mengena dengan diri ini(bukan negeri kelahiran)
tapi tetap negeri di bawah Malaysia.... so marilah kita berikan sokongan...

~GOMO KLATE GOMO~

#video tu saja saja je......
#mesti group ultrasmalaya tpi yg version kelantan ada kat stadium kan.. B-)

Friday, 16 December 2011

untunglah~



hai bertuahnya badan kalau dapat jumpa pasukan harimau muda ni :)

sesi ramah mesra ni diadakan di KL festival City ~
hanya 7 orang pemain yang hadir di Festival ini iaitu :
 badrol bakthiar ♫
nazmi faiz ♥
muslim ahmad ►

dan 4 orang pemain lagi iaitu K gurusamy ,Fakri, Asra dan Irfan  ☺☺
(tah knape x dpt jumpa lak gamba diorang 4 orang ni..huh)


#tgk dalam surat khabar ada budak perempuan tu senyum smpai ke telinga
 bila dapat jumpa diorang nieyh..

Tuesday, 6 December 2011

Ohhhhh..patutlahhh :)


Persoalan yang mungkin timbul di pemikiran penduduk rakyat Malaysia kenapa skuad bola sepak Malaysia digelar Harimau Malaya tetapi bukan Harimau Malaysia? Pada 2010, skuad bola sepak Malaysia telah menjuarai AFF Suzuki Cup.


TUARAN: Belia di Sabah teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, tetapi mahu gelaran “Harimau Malaya” yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan “Harimau Malaysia”.
Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan pihak media.
Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau yang mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia dengan gelaran Harimau Malaya atau Singa Malaya.
“Saya lihat memang ada asas mereka berperasaan begitu kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Sepatutnya perkataan Harimau Malaysia yang digunakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jahid yang juga Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap media nasional terutama pengarang sukan sentiasa bertanggungjawab dan mengambil kira sensitiviti peminat bola sepak di Sabah khususnya golongan belia berhubung penggunaan perkataan Malaya yang jelas maksudnya secara literal, tidak membabitkan Sabah dan Sarawak.
“Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia,” katanya.
Sumber: Berita Hairan

Kenapa skuad bola sepak Malaysia tidak digelar Harimau Malaysia?

Fakta 1

Ramai orang salah faham mengenai nama Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan bola sepak Malaysia. Nama gelaran Harimau Malaya sebenarnya diambil bersempena dengan nama spesies harimau yang hanya wujud di Semenanjung Malaysia iaitu Harimau Malaya atau nama saintifiknya Panthera tigris jacksoni atau Panthera tigris malayensis. Dalam logo PDRM, Maybank, Proton dan FAM sendiri, lambang Harimau Malaya ini digunakan.
Persoalannya sekarang, wajarkah nama Harimau Malaya itu ditukar nama kepada Harimau Malaysia yang tidak membawa apa-apa erti kepada kita? Hanya sekadar nama rekaan sebabnya spesies Harimau Malaysia tidak wujud.
Pasukan bolasepak Malaysia wujud lama sebelum Malaysia terbentuk atau Malaya mencapai kemerdekaan,yakni pada tahun 1953 ketika melawan Korea Selatan (sebagai perlawanan antarabangsa diiktiraf yang pertama). Lama sebelum itu pula FAM sudah diasaskan pada 1933, bermula dengan Football Association of Malaya dan kemudiannya ditukar ke Malaysia.
Tetapi nama gelaran pasukan bolasepak kita ialah Harimau Malaya bersempena mengambil nama spesis harimau dari nama yang sama yang hanya wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Tidak ada kena-mengena dengan isu politik atau perkauman. Dan Pak Belang bernama Harimau Malaya ini (Panthera tigris malayensis nama saintifiknya di Malaysia, Panthera tigris jacksoni di seluruh dunia) dinamakan Harimau Malaya atau Malayan Tiger sebab alamat rumah dia di Semenanjung Tanah Melayu/Malaya, sebab itu bukan dinamakan Harimau Malaysia atau Harimau 1Malaysia.

Fakta 2

The Legend Of Dollah Don . Nama asal beliau Tuan Hj Abdullah Bin Md Doon yang ” diberi gelaran Harimau Malaya”  dan dari beliaulah Malaysia mengunakan nama Harimau Malaya itu yang di ungkap oleh Presiden Sukarno. Beliau merupakan seorang manusia yang berwatakan garang , bengis dan ganas selama kira kira 20 tahun penglibatannya dalam arena bolasepak.
Belian adalah anak kelahiran Johor Darul Takzim.
Hero Malaya yang sungguh hebat dizamannya..
Presiden Sukarno pun minat cara dia main..Bayangkan





Majalah 3 -kisah Harimau Malaya-Ngauman Sang Belang

haha~ baru je habis tengok majalah 3 ni....korang dah tengok?


hee best kan??? hari sabtu tu tak dapat tengok ada hal~ nasib baik ada
yg uploadkan video nie :) thankz yaw...
bila khairul fahmi tu kata dia badan kecil ,ada yang tanya balik
"kecil ke badan dia tu?gedabak adalah"...
hahaha haish macam2... lain orang lain la pendapat dia..


#kecik apa badan khairul tu dibandingkan dengan penjaga gol negara lain..haha :)

Monday, 5 December 2011

Hot FM lebih hangat daripada biasa :)

hahahaha!! dengar HOT FM x pagi tadi?? kalau korang dengar mesti tau kan siapa
tetamu yang di jemput HOT FM..kalau yang tak dengar tu cu teka cu teka..hahaha
jeng.jeng..jeng siapa lagi kalau bukan
P.E.M.A.I.N B.O.L.A. S.E.P.A.K. N.E.G.A.R.A

haa tapi bukan la semua cuma 4 orang jaa iaitu:
nazmi faiz :)

muslim ahmad♥

mahali jasuli♦

dannnnnn....
fandi othman♣

haa suara si nazmi ni..haishh halus jaa..maybe dia baru lagi tu yg malu2~
yang si mahali dengan muslim diorang sempoi.. diorang je yg banyak jawab soalan~
yg si Fandi ni pula suka kat Shila amzah..bila dapat cakap dengan shila amzah ,malu malu
lak dia..hahaha

#wohoo...macam macam perangai diorang nieyhh...

Ramainya....

Eh apa yang ramai nie??? hehehe ramai yang pakai baju bola sepak negara..

haa baju nie la... :)

kalau korang perasan sekarang ni pergi mana mana je mesti nampak orang pakai baju ni..
Itu tandanya rakyat MALAYSIA berbangga dengan sukan bola sepak negara..
Semua peringkat umur pakai baju ni dari yg kecil sampai la yang besar..
hee smart kan baju ni hitam kuning?
haritu pergi Bukit Jalil (Jomheboh) ramai yg jual baju ni..
harga pun murah baru RM10.00 sepasang so siapa yg takde lagi tu pi la beli..
kita pakai baju nie ramai-ramai ya.. :)

#penat nyer pergi jom heboh bukan penat apa <penat nak beli tiket LRT(sekarang tak guna tiket tapi guna coin)
dah la takda coin pergi balik pastu dah penat beratur panjang2 boleh pulak mesin tu rosak..
rasanya nak tunggu beli tiket jaa dah boleh pusing joomheboh tu 8 kali...
haish LRT ni... :(

Friday, 2 December 2011

UM~ultras malaya :)

Ultras Malaya ditubuhkan pada tahun 2007...ditubuhkan oleh peminat fanatik bola tanah air kita iaitu MALAYSIA la...hehe..
this group very sporting and they always support national football team.
.diorang ni sanggup berdiri dan menyanyi selama 90 minit semata mata untuk support pasukan negara..WAA terbaik arh !! ni antara video ultras malaya..

dah tengok video nie?? haa cuba korang tengok lirik dia....
Ultras Malaya,ekor harimau malaya
Ultras Malaya,ekor harimau malaya
kami turun ke Bukit Jalil,
satu jiwa sokong MALAYSIA,
(Nama negara)anjing....dibunuh saja !!

rasanya perkataan anjing tu tak berapa nak sesuai sebab ayat ni boleh menjatuh kan martabat negara kita sendiri...
Ada sebuah blog dari indonesia yang mengatakan kenapa mereka selalu kalah apabila tiba waktu kemuncak MALAYSIA vs INDONESIA..
kata penulis blog motivasi indonesia untuk menang adalah motivasi kebencian dan dendam..dia juga menyatakan pelawanan menjadi kacau
dengan sumpah seranah penonton..(semasa final sukan sea) ..dia berkata lagi bahawa doa yang ada unsur negatif tidak akan diterima tuhan..

Yup memang betul apa yang ditulis penulis blog itu !!
Dan mungkin MALAYSIA tewas ditangan BAHRAIN kerana sumpah segelintir peminat yang menyatakan bahawa negara lawan itu adalah anjing..
''SOME DONT LIKE US,WE DONT CARE" ini adalah petikan daripada kata-kata salah seorang ahli ultras malaya...
kami bukannya tidak suka anda cuma kami hanya mahu memperbetulkan kesalahan ...perkataan anjing itu tidak sesuai sama sekali apatah lagi
MALAYSIA dikenali sebagai negara yang penuh beradat dan sopan...
Kami juga menyokong pasukan negara tapi mungkin tidaK SEHEBAT ANDA SEMUA...jadi tabik kepada anda sebab terus memberi sokongan padu
pada team bola sepak kita..cuma diharapkan lirik itu dapat ditukar..

#best nyer rasa macam nak join group ni sokong Harimau Malya ;)

Thursday, 1 December 2011

Malaysia kalah?

huh memang sengit hoki tadi~ MALAYSIA kalah tipis 4-5 menentang india..
walaupun kalah pemain malaysia harus diberi pujian kerana main dengan hebat sekali..
penat diorang main..
~yela dah habis masa..kedua dua pasukan terikat seri iatu 4-4 ..so permainan bersambung 7 minit dan masih seri lagi..HEBAT X DIORANG MAIN??hehe so permainan bersambung lagi 7 minit...dah hampir nak habis masa tiba-tiba India dapat penalti pula...haishhh kecewa Malaysia...anyway SYABAS kepada semua pemain..